1MALAYSIA
Development Bhd (1MDB) memberikan kontrak bernilai RM2.1 bilion kepada Lembaga
Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memajukan lapan tapak untuk pemindahan Pangkalan
Udara Kuala Lumpur yang bakal dijadikan Bandar Malaysia. LTAT akan
melaksanakan pembangunan berkenaan melalui anak syarikat milik penuhnya,
Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM).
“PPHM akan turut
membuka peluang kepada kontraktor tempatan untuk bersama memajukan tapak
pemindahan itu” Azmar Talib, Ketua Eksekutif 1MDB Real Estate Sdn Bhd”
IMDB dalam kenyataannya semalam berkata, pemindahan
berkenaan membabitkan pelbagai unit Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),
Rejimen Artileri Diraja (31 RAD) dan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM)
dari pangkalan udara di lapangan terbang lama Sungai Besi itu. PPHM, jelasnya,
akan bertindak sebagai kontraktor untuk merekabentuk dan membina kemudahan di
lapan lokasi pemindahan termasuk tiga tapak baharu, iaitu pangkalan TUDM di
Sendayan, Negeri Sembilan; pangkalan 31 RAD di Kajang, Selangor; serta pangkalan
Unit Udara PDRM di Subang, Selangor.

Lokasi lain ialah di Subang; Kuantan, Pahang;
Butterworth, Pulau Pinang; Gong Kedak, Terengganu dan Ipoh, Perak. Tanah di
Sendayan untuk pembangunan pangkalan TUDM dan di Subang untuk pangkalan Unit
Udara PDRM itu dibeli oleh 1MDB baru-baru ini, katanya. Syarikat pembangunan
strategik milik kerajaan itu berkata, ia juga akan menyumbang dana bagi
menambah baik dan menaikkan taraf peralatan khusus di kemudahan berkenaan
sebagai sebahagian daripada aktiviti pemindahan. PPHM akan turut membuka
peluang kepada kontraktor tempatan untuk bersama memajukan tapak pemindahan itu.
No comments:
Post a Comment