
Panglima Angkatan
Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memaklumkan bermula tahun 2013, ATM
meletakkan beberapa syarat baru dalam pengambilan pegawai dan anggota antaranya
kelayakan akademik, modal insan dan trilogi 3M. Ketiga-tiga syarat ini dilihat
mampu memperkasa dan menaiktarafkan ATM dalam usaha menjadi sebuah kekuatan
ketenteraan yang terbaik. Pelan Strategi Trilogi 3M yang memfokuskan kepada ‘Man’
bermaksud anggota tentera, ‘Machine’ ialah mesin teknologi dan kelengkapan
ketenteraan manakala ‘Method’ bermaksud kaedah atau strategi doktrin
ketenteraan yang dirancang.
Kekuatan aset
tempur serta strategi ketenteraan tidak akan berkesan sekiranya ia tidak
dibangunkan selaras dengan kekuatan anggota itu sendiri, kerana tiga aspek ini
memainkan peranan yang cukup besar dalam menentukan kekuatan sesebuah angkatan
tentera.
No comments:
Post a Comment