Followers

Monday, 1 April 2013

KAPAL SELAM SCORPENE KELAS PERDANA



Sebelum ini macam-macam fitnah disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tidak sahaja dalam bidang ekonomi, dan sosial masyarakat malahan yang terbaru terhadap kapal selam Scorpene Perdana Class KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak yang kononnya tidak mempunyai keupayaan bagi melaksanakan operasi. Tohmahan dan fitnah itu misalnya mengatakan bahawa kapal itu tidak mempunyai kemampuan untuk menyelam dan malah kelengkapan persenjataannya juga diragui.

Kenapakah kita katakan fitnah? Kita katakan fitnah kerana ia menghasut atau mengumpat. Iaitu kata-kata atau perbuatan yang tidak dibaringi sama dengan bukti-bukti kukuh terhadap apa-apa yang diucapkannya. Kenapakah kita katakan tohmah. Kita katakan tohmah kerana ia bersifat prasangka.

Kedua kata-kata itu mempunyai maksud yang tersembunyi lalu menyembunyikan hal sebenar yanmg dapat dibuktikan dengan fakta. Maka fitnah dan tohmahan itu jelas mempunyai maksudnya yang tersendiri yang antaranya ialah bertujuan ingin memalukan, merendahkan malahan menghina bukan sahaja TLDM malahan kerajaan yang memerintah. Hal ini betapa jelas dan nyata kerana yang menimbulkannya adalah ahli parlimen parti pembangkang.

Apabila kita menyebut parti pembangkang apakah maknanya? Maknanya mereka itu adalah tukang bangkang. Tujuannya apa? Tujuannya tidak lain hanyalah untuk menimbulkan keraguan di kalangan rakyat dan dengan begitu mereka mengharapkan memperoleh undi dalam pilihanraya yang akan datang.

Apakah kenyataan yang bertentangan dengan fakta sehingga kita mengatakan bahawa tuduhan itu semua adalah suatu fitnah dan tohmahan?

Kenyataannya, TLDM telah membuktikan keupayaan dan keberkesanan operasi kedua-dua kapal selam itu sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Panglima Tentera Laut Laksmana Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar pada 26 Julai 2010 di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Dengan kenyataan itu maka dengan sendirinya segala tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap kapal selam itu dengan sendirinya ternafi. Ia dengan sendirinya ternafi kerana kenyataan itu mempunyai bukti-bukti yang kukuh terhadap kemampuannya dalam operasi.

Inilah kenyataannya. Namun demikian, kaki bangkang dan kaki pembuat fitnah tidak akan kehilangan modal. Mereka tetap akan membuat pelbagai fitnah dan tohmahan. Dalam keadaan yang demikian terpulanglah kepada rakyat untuk menerimanya ataupun tidak. Bagi yang tidak menerima kenyataan yang ada, mereka tetap juga tidak akan menerimanya. Ini sepertilah sebuah cerita orang tua-tua dulu kala.

Suatu hari dua orang sedang bertegang leher di sawah. Seorang mengatakan “benda” atau binatang yang dilihatnya di batas sawah itu adalah burung. Seorang mengatakan kambing. Akhirnya mereka pun pergilah dekat kepada binatang itu. Apabila hampir dengan binatang itu, maka binatang itupun terbang. Jelas ia seekor burung. Lalu berkatalah yang mengatakan binatang itu burung, “Lihat, binatang itu terbang. Ia burung.”. Jawab yang seorang lagi, “Tidak, kambing.” “Macam mana kambing, ia terbang. Itu jelas burung.” “ Tidak” jawab yang seorang lagi. “Terbang pun kambing.” Begitulah cerita orang tua-tua dulu. Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada cerita itu.

Kapal Selam Pertama Negara, Kapal Diraja TUNKU ABDUL RAHMAN telah membuktikan kebolehannya apabila berjaya melancarkan misil bawah permukaan ke permukaan air jenis Exocet SM39 Blok 2. Misil tersebut telah mengenai sasaran permukaan berukuran 40 meter panjang pada jarak 40 km(22 batu nautika). Misil telah dilancarkan sewaktu KD TUNKU ABDUL RAHMAN berada pada kedalaman 55 meter di mana ia sukar dikesan oleh sistem penderia bawah air mana-mana kapal permukaan. Penembakan ini dilaksanakan sebagai sebahagian aktiviti kontrak ujian tropika.

Misil Exocet SM39 Blok 2 yang dilancarkan di kawasan Laut China Selatan telah membuktikan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan sekaligus membuktikan kapal selam negara mampu melancar serangan dari bawah permukaan.

“Misil yang dilancarkan mengenai tepat ke sasaran yang berukuran 40 meter pada kedudukan 40 km/22batu nautika dari kedudukan kapal selam” kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar yang turut sama menyaksikan penembakan tersebut.

Penembakan ini juga bertujuan mengesahkan keberkesanan Misil Exocet SM39 Blok 2 dan keupayaan sistem persenjataan atau lebih dikenali sebagai SUBTICS KD TAR di Kawasan Laut Beriklim Tropika. Bukti yang menolak segala fitnah dan tohmahan terhadap kemampuannya.

Misil Exocet SM39 Blok 2 telah diperolehi dari negara Perancis pada pertengahan 2008. Ia merupakan peluru berpandu bawah permukaan ke permukaan yang mempunyai berat keseluruhan 2,100 kilogram, panjang 6 meter dan diameter 35 sentimeter. TLDM telah mula menggunakan misil jenis Exocet sejak tahun 1979 lagi yang bertujuan memusnahkan kapal permukaan bersaiz besar.

Kapal selam Perdana Class ini berukuran 67 meter dan berupaya membawa campuran 18 laras senjata (Torpedo Whitehead Allenia Blackshark II dan misil MDBA SM 39 Exocet Blok 2), dimana 6 akan berada dalam laras tiub torpedo dan 12 lagi disusun atas rak. Exocet adalah sistem missil yang diuji kemampuan dan keberkesananya, kali pertamanya masa Perang Falkands waktu mana Tentera Udara Argentina berjaya melancarkan misil dan menenggelamkan kapal pemusnah Tentera Laut DiRaja Britain HMS Sheffield dan HMS Coventry. TLDM mula menggunakan sistem misil ini semenjak tahun 1979 lagi.

Penembakan ini bersejarah bukan sahaja kepada TLDM, malah kepada angkatan laut Asia Tenggara. Ini pertama kali penembakan misil pertama dari bawah permukaan laut. Kejayaan ini adalah bukti keupayaan TLDM untuk menjadi angkatan laut yang mampu menguasai aset pertahanan strategik dan melakukan serangan tanpa dikesan musuh. Bukti ini semua menafikan segala fitnah tak bertanggungjawab yang dilemparkan terhadapnya.

Rakyat Malaysia wajar berasa bangga dengan pertahanan negara yang semakin mantap dengan squadron kapal selam Perdana Class ini. Ini kerana mana mana angkatan laut yang mempunyai keupayaan kapal selam dianggap kelebihan sebagai bersamaan faktor 10 kali ganda kapal perang permukaan. Ini bermakna secara kasar jika berlaku konflik peperangan di lautan, dengan dua buah kapal selam ini memberikan TLDM kelebihan ‘kegerunan’ kepada musuh seumpama 20 buah kapal perang kelas frigat dan korvet.

Aplikasi kapal selam bagi sesebuah angkatan laut ternyata memberikan kelebihan strategik. Aset ini melonjakkan TLDM sebagai angkatan laut yang dihormati di rantau ini. Malaysia mempunyai kawasan perairan yang amat luas, zon ekonomi eksklusif yang menjamin kesejahteraan ekonomi negara terutama kawasan pelantar pertroleum dan perikanan dan amat penting sebagai sebuah negara maritim, laluan perdagangan global antara yang terpenting dan sibuk melalui kawasan operasi TLDM untuk menjamin kedaultan negara.

Latihan penembakan ini menunjukan warga Angkatan Kapal Selam TLDM yang dilatih oleh pasukan kapal selam tentera laut Perancis lebih lima tahun secara intensif, mampu mengendalikan aset strategik ini dengan baik. Siri latihan dengan angkatan kapal selam nuklear tentera laut Perancis sebelum KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak belayar pulang ke tanahair adalah bukti pengiktirafan kemampuan warga anggota angkatan kapal selam ini sekaligus menolak segala fitnah dan tohmah jahat yang dilemparkan kepadanya.

3 comments:

Anonymous said...

Penulis penipu.....ibarat dah pegang taik.....lepas tu cuci tangan dgn air taik jugak.....pembelian aset2 ketententeraan ditentukan oleh org golongan bukan tentera....Chief of navy dan panglima atm tak nak beli pun sbb kalau ada konflik ketenteraan malaysia akan pilih jln rundingan bukan jln perang....malaysia meletakkan pertahsnan di ranking bwh no.6,no1 ekonomi.....jadi pembelian besi buruk yg tak boleh tenggelam tu adalah satu konspirasi.

Anonymous said...

org atas ni bahlul..dah lali makan taik n dkyah pembangkang

mak jermah said...

orang atas ni lagi bahlul...dalam otak penuh tahi