2.
Asas kepada jaringan risikan yang kuat di Malaysia terletak kepada pihak
tentera, polis, badan kerajaan dan sumber pendapatan dari syarikat-syarikat kerajaan
yang mempunyai dana yang kaya raya.
3.
Saya rasa lucu apabila ada pihak yang menimbulkan isu “wang rakyat”, apa wang
rakyat ini? saya yakin melalui dasar penswastaan yang diperkenalkan negarawan
seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, syarikat kerajaan atau GLC mampu memberi dana
jutaan ringgit kepada kerajaan Malaysia (tak payah pakai wang rakyat, duit anda
selamat dalam bank dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) anda.
4.
Bukan mudah untuk mendapatkan perkara yang saya sebut pada Para 1 di atas
kerana belanjanya sangat mahal. Memang menjadi metaliti rakyat Malaysia yang
liat untuk membayar insuran kerana kepentingan perlindungan insuran tidak akan
kelihatan faedahnya kecuali selepas kemalangan atau bencana berlaku.
5.
Contoh mudah, kita memang pening kepala apabila tiba untuk mengeluarkan duit
bagi membayar insuran kereta kita dan kita (khususnya orang Melayu) tidak berminat
pula kepada pelaburan yang berasaskan insuran.
6.
Ini sangat berbeza dengan negara maju seperti Singapura, yang beranggapan
belanjawan pertahanan dalam dan luar merupakan satu perlindungan insuran kepada
keamanan dan kemajuan republik tersebut.
7.
Ada beberapa pihak yang menjalankan urusan perisikan di dalam negara dan ini
termasuklah beberapa agensi dalam kementerian kerajaan, Unit Cawangan Khas
Polis Di Raja Malaysia (PDRM) atau Special Branch, Kor Risik, Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia, cabang laut dan udara Angkatan Tentera
Malaysia dan elemen-elemen dalam Kementerian Dalam Negeri serta Jabatan Perdana
Menteri Malaysia.
8.
Elemen risikan luar dan dalam negara terletak pada bahu agensi perisikan
seperti Malaysia
External Intelligence Organisation (MEIO), SB dan Kor Risik
yang mengumpul maklumat dari luar negara untuk dikumpul dan dikaitkan dengan
beberapa isu dalam negara yang turut dihimpun oleh agensi yang sama atau agensi
yang lain yang mengutip maklumat dari sumber tempatan.
9.
Dari pihak awam, jaringan risikan (network kepada agensi risikan sebenar) akan
menyalurkan maklumat kepada Jabatan Perdana Menteri misalnya terdiri dari
Bahagian Hal Ehwal Khas (JASA), KEMAS, Biro Tata Negara dan individu yang
dilantik secara khusus yang dikenal pasti sebagai sangat patriotik dan lulus
tapisan keselamatan yang ketat, mereka ini kebanyakkan terdiri dari bekas
anggota tentera khususnya komando.
10.
Maklumat risikan ini diperolehi dari sumber berbentuk risikan manusia (Humint),
risikan semboyan (Signint) dan elektronik (Elint) dan dibantu oleh pihak-pihak
yang pakar untuk menganalisa maklumat data, pakar psikologi dan mereka yang
mahir dan dipanggil Cobler (pakar memalsukan dokumen) untuk tujuan penetrasi.
11.
Sebagaimana agensi risikan di luar negara, belanjawan keselamatan Malaysia
dibantu oleh bajet yang datang secara rasmi seperti belanjawan untuk PDRM,
Angkatan Tentera Malaysia dan bajet clandestine dari keuntungan
syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera,
Tenaga Nasional Berhad dan banyak lagi.
12.
Peranan risikan dalam Malaysia sebenarnya lebih hebat dari filem Mission
Impossible dan jika anda teliti, tahun lepas ada iklan di dalam web JPM di mana
“Pakar Peperangan Elektronik” diperlukan, jika kita fikir secara logik mengapa
sebuah jabatan milik Perdana Menteri memerlukan pakar peperangan elektronik.
Sudah tentu kepakaran ini disalurkan kepada agensi risikan keselamatan di bawah
naungannya seperti MEIO.
PERALATAN
13.
Seperti mana-mana agensi risikan lain, penyampaian maklumat risikan terhadap
kerajaan Malaysia dibuat juga melalui peralatan yang canggih dan tidak berapa
canggih (tidak mudah dihack) dan ini memerlukan mesin-mesin yang mampu membuat
Chiper dan Dechiper (sama ada model yang terkini atau yang diguna sejak dari
zaman komunis lagi).
14.
Ada perlatan yang dihasilkan oleh saintis dan individu yang terkenal di
Malaysia (nama tak payah sebut) untuk mencipta gajet-gajet yang diperlukan sama
ada sistem untuk debugging atau surveillance dan communication interceptor.
15.
Saya tidak pasti jika ini benar tetapi gergasi pengeluar telefon (nama tak
payah sebut) ada menjual produk alat telekomunikasi yang harganya
mencecah sehingga puluhan ribu ringgit untuk kegunaan agensi perisikan kita.
16.
Kenderaan yang dipakai adalah pelbagai jenis dan beraneka ragam termasuklah
van-van dari agensi pelancongan yang tidak pernah wujud tapi yang paling
popular adalah teksi.
ANCAMAN
DALAM NEGARA
17.
Secara am, ancaman dalam negara wujud dari pelbagai pihak yang ditaja oleh anasir
clandestine dari luar seperti MOSSAD, CIA, M16, SIS, SID serta elemen sulit
risikan Singapura yang mengandungi elemen korporat, kewangan dan pengumpulan
data ketenteraan serta politik.
18.
Ancaman dari negara luar seperti Thailand dan Indonesia berada di bawah tahap
terendah (mereka dianggap negara sahabat).
19.Ancaman
datang dari perbagai bentuk seperti sabotaj ekonomi, keamanan, politik,
memburukkan imej negara dan pelbagai unsur subversif yang lain.
20.
Saya tidak pasti jika kisah ini benar, semasa kru filem The Entrapment membuat
shooting di Kuala Lumpur, kru yang terdiri dari segelintir agen CIA ada
memasang beberapa peralatan elektronik (listening bug) di KLCC dan Menara KL
Tower.
21.Muslihat
mereka berjaya dikesan, sejak itu sangat kurang atau tiada syarikat filem
Hollywood membuat shooting filem di Malaysia. Saya bagaimanapun mengandaikan
cerita ini hanya “rumours” sahaja dan belum pasti kebenarannya.
22.Segala
pusat ancaman berpengkalan di Singapura yang menjadi pintu masuk ke dalam
negara ini.
23.
Ada unsur-unsur yang memberi petunjuk bahawa terdapat tajaan kepada kekacauan
di dalam negara yang sedang ditimbulkan oleh anasir-anasir dari parti
pembangkang dan juga anasir halus dalam Umno.
24.
Usaha juga sedang dibuat untuk menjatuhkan Raja-raja Melayu, kejatuhan mereka
akan mengorak langkah Malaysia menjadi sebuah republik dan sesiapa pun boleh
menjadi Ketua Negara (kalau rakyat negara ini sudah dididik untuk tidak
menghormati ketua negara, perdana menteri…kita nak dengar cakap siapa dan kalau
cakap mufti pun kita boleh perlekehkan, kita nak dengar cakap siapa lagi?
Akhirnya semua pemimpin yang bernama Melayu dan Islam akan ditolak ke tepi dan
ketika itu barulah kita tahu tetapi kita sudah terlambat kerana kebodohan kita
sendiri.
25.
DAP mungkin menjadi platform terbaik untuk kejatuhan sebuah kerajaan Melayu
Islam seperti Malaysia. Anwar Ibrahim hanyalah boneka, persoalan terbaik, siapa
yang pasang kamera video tempat Anwar bermukah dengan pelacur Cina? Siapa
pemilik tempat itu dan tujuan kamera di pasang? (Maaf, kalau betul lah Anwar,
harap-harap bukan). Polis sepatutnya siasat siapa pemilik tempat itu
sebenarnya.
26.
Itu baru sebahagian, baru ancaman dalam politik, belum lagi ancaman dan sabotaj
terhadap ekonomi dan kewangan negara serta pelbagai ancaman halus yang disasar
untuk mengurangkan jati diri orang Melayu dan Islam di negara ini.
27.Masalahnya,
siapa pun elemen luar, mereka masih gagal mengkaji siapa orang Melayu sebenar.
Gagal mengkaji psikologi orang Melayu dan mereka menyangka, orang Melayu ini
sama macam bangsa Arab.
28.Jika
unsur-unsur provokasi gagal diwujudkan melalui dalam negara, ada kemungkinan ia
akan naik ke tahap yang lebih tinggi seperti peperangan dengan negara luar
serta sebagainya.
ANCAMAN
LUAR NEGARA
29.Untuk
melemahkan Malaysia, negara ini perlu disisihkan dari sahabat terdekatnya iaitu
Indonesia.
30.Kesatuan
dan kerapatan kedua-dua sahabat ini harus digoyah melalui beberapa isu yang
mungkin sebenarnya diapi-apikan oleh pihak ketiga.
31.Perkara
ini pernah di sahkan oleh Atase Pertahanan di Kedutaan Indonesia, Kuala Lumpur
yang berpendapat ada pihak ketiga yang cuba meruntun hubungan di antara
kedua-dua negara.
32.Jika
wujud pihak ketiga ini, sudah pasti mereka mempunyai dana yang cukup besar,
pusat operasi dan kontek di dalam struktur pemerintahan serta korporat di
kedua-dua negara.
33.Syukur
kerana Indonesia mempunyai Presiden yang sangat berpengaruh dan bakal membawa
negara republik itu ke arah masa depan yang lebih baik, sebagai mantan seorang
pegawai pemerintah tentera, Bambang Susilo pantas menganalisa keadaan yang
berlaku dan tidak dengan cepat menghalakan muncung Sukhoinya ke arah
Kuala Lumpur.
34.Indonesia
sendiri mempunyai pengalaman pahit, bagaimana agen-agen luar ini cuba
menghancurkan negara besar itu dan saudara pembaca tentu masih ingat pada tahun
1990an, Indonesia digelar “Naga Kecil Asia” kerana kemajuan ekonominya malah
mempunyai perusahaan membuat kapal terbang sendiri tetapi sekelip mata ia
hancur apabila wujud gerakan reformasi yang kononnya mendukung hak rakyat dan
mahasiswa.
35.Bermula
dari gerakan reformasi ini, musuh Indonesia berjaya memisahkan Timor Leste
dengan tujuan untuk terus meranapkan kekuatan republik yang majoriti
penduduknya beragama Islam.
36.Sama-samalah
kita berdoa, agar rasa persahabatan yang akrab di antara kedua negara ini terus
terjalin dan rakyat mereka dan kita sedar bahawa ada proses untuk
melaga-lagakan kedua negara ini agar terus kekal bermusuh.
37.Pada
masa sekarang, potensi Malaysia untuk berperang dengan negara luar berada pada
tahap sifar dan jika berlaku, saya letak dalam tempoh 10 hingga ke 50 tahun
akan datang melalui krisis dengan Indonesia, Singapura atau China.
38.Saya
enggan mengulas mengenai krisis yang mungkin melibatkan negara-negara yang saya
sebut tadi kerana jika anda peminat pertahanan dan mencintai negara anda,
sudah tentu anda ada mengikuti perkembangan dunia ketenteraan di rantau ini dan
sedar apa yang sedang berlaku.
3 comments:
Terbaik tuan...
Full HD Light Weight Body-worn camera
http://007tw.blogspot.tw/2014/12/full-hd-super-light-body-worn-camera.html
Macam mana cara untuk saya menyertai badan perisikan
Post a Comment