Menteri Pertahanan,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan beberapa bekas jeneral tentera
termasuk seorang yang pernah diturunkan pangkat berkempen memburukkan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) sebagai golongan bermasalah.
Beliau menegaskan,
mereka tidak sepatutnya memperlekehkan taktikal yang digunakan sepanjang Op
Daulat kerana ia berbeza dengan situasi ketika jeneral berkenaan bertugas.
Menurutnya, perbuatan mereka membuatkan anggota tentera yang berada di medan
tempur dan keseluruhannya marah serta berasa terhina. Golongan berkenaan
sebenarnya dipergunakan oleh pihak tertentu dan mereka adalah daripada orang
yang kecewa kerana gagal mencapai apa yang diimpikan semasa berkhidmat.
Sebelum ini kenapa
mereka tidak bersuara menyatakan apa yang tidak betul dalam ATM…kenapa selepas
bersara baru mereka bersuara dan menghentam kerajaan. Menurut Zahid,
biarlah rakyat menolak mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana
menyebarkan dakyah buruk mengenai ATM. Mengenai sikap sesetengah pemimpin
pembangkang yang memperlekehkan kejadian di Lahad Datu, Sabah dengan
menyatakannya sebagai satu sandiwara, Zahid menyatakan hati mereka itu
sebenarnya sudah `dibutakan’. Katanya, soal keselamatan tidak seharusnya
dipolitikkan dan sepatutnya dalam isu ini kerajaan dan pembangkang mesti
bersatu, tetapi ada pula pihak yang cuba mencetuskan kemarahan rakyat. Anggota
ATM perlu diberikan semangat dalam menjalankan misi mempertahankan negara. Bila
berlaku perkara seperti ini (pencerobohan Lahad Datu) baru kita tahu
kepentingan ATM.
Sementara itu,
mengulas sikap Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang
cenderung mengeluarkan fatwa mengarut, Zahid berkata, ia sebenarnya merugikan
Nik Abdul Aziz sendiri. “Nik Abdul Aziz diharap jangan mengambil peranan
sebagai Tuhan kerana soal dosa pahala hak Allah SWT menentukannya. “Saya
berharap beliau jangan merosakkan partinya sendiri dan saya sendiri berharap
`parasit’ seperti ini tiada di dalam PAS,” katanya.
No comments:
Post a Comment