Baru-baru ini saya
menghadiri satu majlis akad nikah dan ketika menikmati jamuan saya terdengar
seorang pemuda lingkungan 30-an sedang asyik menghentam kerajaan. Saya tidak
ambil pusing sangat kerana perkara ini adalah normal dalam sistem politik
kepartian negara kita. Namun begitu selera saya sedikit terganggu apabila
mereka mula membahaskan tentang pencerobohan pengganas Kiram dan merumuskan
bahawa apa yang berlaku di Sabah telah dirancang oleh Kerajaan Barisan
Nasional.
Dalam negara
menghadapi krisis keselamatan yang paling hebat dewasa ini, saya merasa sangat
marah melihat segelintir rakyat yang mudah melempar tohmahan negatif kepada
kerajaan dan pasukan keselamatan kita. Setakat ini sepuluh orang anggota
keselamatan kita telah gugur di Lahad Datu dan Semporna. Adakah itu juga
dirancang kerajaan? Air mata yang mengalir pada waris-waris perwira negara yang
gugur juga palsu belaka?
Semua ini bertitik
tolak daripada kenyataan biadap Ahli Parlimen Batu Y.B Tian Chua yang mudah
merumuskan bahawa apa yang terjadi di Sabah adalah rancangan jahat UMNO dan
Barisan Nasional. Beliau telah didakwa di mahkamah atas kesalahan menghasut
tetapi ini tidak mampu menutup mulut penyokong Pakatan Rakyat yang percaya
dengan tohmahan ini. Media sosial digunakan dengan rakusnya untuk melemparkan
pelbagai tuduhan pada pihak berkuasa khususnya Pihak Polis Diraja Malaysia.
Kata-kata seperti “anjing UMNO” dan “mati katak” digunakan sewenang-wenangnya
oleh segelintir rakyat terhadap pasukan keselamatan kita seolah mereka lebih
tahu hal keselamatan negara.
Salah seorang bekas
pengasas Parti Keadilan Rakyat, Ng Lum Yong pernah merumuskan bahawa Pakatan
Rakyat hanya pandai menghasut penyokong-penyokong mereka agar merasa benci
kepada kerajaan. Sikap membenci kerajaan ini telah lama dipupuk oleh pimpinan
Pakatan Rakyat sehingga membutakan hati penyokong mereka untuk membezakan
antara yang hak dan yang batil. PAS juga tidak mahu ketinggalan untuk
mendapatkan laba politik dari isu di Sabah ini dengan mempersoalkan darjah
“kesyahidan” wira-wira kita yang gugur.
Di manakah
sensitiviti mereka ini terhadap waris-waris pejuang kita? Perlu diingat juga
bahawa Ops Daulat masih lagi berjalan dan kenyataan-kenyataan biadap serta
cemerkap ini mampu meruntuhkan semangat pasukan keselamatan kita di sana.
Seluruh rakyat perlu sepakat di belakang kerajaan menentang dan mengutuk
tindakan pengganas Kiram menceroboh kedaulatan negara kita. Inilah masanya
untuk kita menzahirkan rasa patriotik kita terhadap Malaysia yang tercinta.
Menteri Dalam
Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam telah menyatakan bahawa
kerajaan akan mengadakan satu siasatan “white paper” bagi menyiasat setiap
aspek pencerobohan oleh pengganas Kiram ini termasuk mengenalpasti dalang yang
merancangnya. Kerajaan berdepan cabaran pertama pasca pemansuhan Akta Dalam
Negeri 1960 yang sebelum ini telah digunakan dengan berkesannya bagi menangani
kegiatan subversif dalam negara.
Krisis di Sabah
akan beransur pulih dan kehidupan rakyat di kawasan yang terbabit akan kembali
normal sedikit demi sedikit. Segelintir rakyat yang memberi komen biadap
terhadap pasukan keselamatan mungkin tidak langsung mengambil kisah tentang
nasib dan juga isteri dan anak-anak pejuang yang gugur. Mereka selesa menjadi
General Kedai Kopi atau Kolonel Papan Kekunci dan gemar berhujah berkenaan
teori konspirasi. Biarkanlah mereka, mereka jahil. Saya pulang dengan rasa yang
diredam; menyedapkan hati ini memikirkan yang majoriti rakyat Malaysia masih
menyokong penuh perjuangan pasukan keselamatan kita.
Zul Azry Khalil
Belia
Bangkit
5 comments:
alangkah baiknya jika akta ISA X D MANSUHKAN...mmg inilah yg d tggu2 oleh pembangkang...agar akta ISA Xleh d guna pakai jika mereka membuat onar dalam negara..
Yg memusykilkan rakyat adalah sumber berita dr satu pihak je iaitu kerajaan bn.....liputan media dr parti lain tak diberi ruang. Jadi susah nak percaya....
selama ni mcm mane dorang jaga sempadan? macam mana plak pendatang asing yg dari ceruk manetah tetibe ade IC? jaga sempadan dapat tangkap pencoroboh, pau duit suh bayar pastu lepaskan, mcm tu ke cara jaga keselamatan negara? member aku salah sorang yg terlibat mengawal sempadan, kejar org mcm nk rak dapat tangkap, tup tup smpi atas lepaskan sbb dia dah bayar, pundek ape
ic yg tun m bg tu kat org melayu islam. lebih tepat lg org islam sedare kite jgk d sabah. slh satu tujuannye utk mmbantu mereka yg kebanyannya tiada negara krn filipina tdk iktiraf mereka. juga utk mhalang gerakan kristianiti d mindanao dn sabah. juga mhalang jumlah pnduduk kristian yg melebihi pnduduk islam pd ketika itu. undi? tpulang pd mereka krn sy yakin ada juga antara mereka yg undi pmbgkang. sebaiknya melayu pro pembangkang pergilah jd sb siasat pengindi hantu drpd bgsa cina. jgn tperangkap dgn politik sempit. mnyalahkn kjaan setiap masa. jgn tnya apa sumbangan kjaan utk anda tp tnyalah apa sumbangan anda kpd ngara. y? siapa pemimpin yg penah p palestin? dsai or dsn?
Apa maksud ko kerajaan BN, aku kerja sebagai wartawan. Semua gambar dan laporan tiada yang ditapis. Aku pergi sana sini mengambil gambar, membuat liputan tak pernah ada satu pun apa yang aku tulis ditapis ataupun dipotong. Sebenarnya sumber berita tiada masalah. Yang bermasalah adalah kepercayaan hanya bergantung kepada sebelah pihak yang dimana aku tak pernah nampak pun Malaysiakini, Harakah, Keadilan Daily atau mana2 sumber yang dikatakan memberi maklumat benar di lokasi kejadian seperti di Lahad Datu.
Post a Comment