Jeneral Expired!! |
Kisah 5 orang bekas
Jeneral ATM yang telah menyertai politik fitnah dan kebencian yang dianjurkan
oleh pakatan parti pembangkang telah mengecewakan hati banyak pihak kerana
mereka tergamak menjadi TALI BARUT pembangkang dengan menjadikan ATM/KEMENTAH
sebagai sasaran mereka. Jika mahu ‘masuk politik’ janganlah jadi seperti ANJING
YANG MENGGIGIT TANGAN YANG MEMBERINYA MAKAN...
Daripada pangkat
jeneral kitar semula hinggalah bekas-bekas askar Lain-Lain Pangkat yang
menyertai pihak pembangkang adalah terdiri daripada mereka-mereka yang
mempunyai rekod kesalahan disiplin, diberhentikan dan kecewa dengan
perkhidmatan. Jeneral Tan Sri Md Hashim Hussien (bersara) atau lebih dikenali
sebagai Jack Palance yang menyertai PKR baru-baru adalah seorang jeneral yang
mempunyai rekod kesalahan menjual rokok bebas cukai kepada anggota semasa
beliau menjawat jawatan sebagai Komander Malbat 1 di Bosnia.
Penyalahgunaan
kuasa beliau sebagai pegawai kanan tentera ATM turut berlaku semasa beliau
menjawat jawatan sebagai ASPA/TPTD kerana telah ‘menutup kes’ menantunya yang
telah ditangkap menyalah gunakan kenderaan tentera untuk tujuan peribadi. Bukan
itu sahaja, semasa jeneral Jack Palance menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya
Tinggi Malaysia ke Pakistan, beliau telah menjual VISA kepada rakyat Pakistan! Easy
money bukan? Beliau turut menyalahgunakan kuasanya dengan ‘menukar status’
cucunya menjadi anaknya bagi mendapatkan pembiayaan kerajaan.
Ahh.. banyak lagi
hendak disebut tapi nantilah...beliau yang disebut-sebut sebagai calon Menteri
Pertahanan dan mungkin bertanding di PRU 13 di Parlimen Setiawangsa & Johor
Baharu,kini anda sudah tahu latar-belakang penyangak tersebut...
Lain pula cerita Lt
Jen Datuk Ghafir, seorang yang kini melalak tidak tentu pasal dengan
menyalahkan pihak kerajaan dan kepimpinan ATM kerana kemudahan dan kebajikan
anggota tentera yang dikatakan ‘tidak terbela’. Alahai Datuk.Saya fikir Datuk
dah tua dan mungkin rabun teruk dan memerlukan bantuan KAR1SMA yang membolehkan
Datuk beli kaca mata bagus dengan harga murah. Bukan itu sahaja, perajurit kita
di Lahad Datu dikatakan mempunyai standard duduk dibawah rumah orang dan
sembunyi dalam reban ayam aje. Ataupun, Datuk perlu dibekalkan dengan
kemudahan internet untuk GOOGLE dan ‘spot-check’ peningkatan
infrastruktur kem tentera, kebajikan, dan gaji untuk anggota tentera. Janganlah
Datuk bandingkan ATM pada zaman Datuk dengan ATM zaman sekarang.
Mengenai kes Lahad
Datu, Datuk bukan main hentam pihak perisikan tentera kononnya gagal itu lah,
gagal ini lah. Mungkin Datuk lupa, tapi saya suka ingatkan masa insiden
Sauk/Bukit Jenalik, Datuk merupakan Timbalan Panglima Tentera Darat. So,
Datuklah boss yang mesti dipersalahkan kerana perisikan gagal mengesan aktiviti
Mat Amin dan konco-konconya seperti Mej Jamaludin Darus yang merupakan anak
buah Datuk dahulu..Lupa kaa?
Hadi Khatab |
Cerita pasal
Jeneral yang telah ditarik pangkat dan tauliah iaitu Datu Hadi Khatab tak
payahlah saya ceritakan pasal ada bersusun cerita mengenainya di dalam blog Askarsetia.
Jika anda mahu kenal siapakah bakal calon PKR dalam PRU akan datang nanti, sila
rujuk entri-entri mengenai jeneral songlap enjin jet ini. Ada banyak termasuk
luahan hati warga Log TUDM pun ada.
Ada bersusun lagi
cerita mengenai pak-pak jeneral dah habis tarikh luput ni, tapi mungkin akan
disiarkan pada waktu lain. Pada geng-geng KERABAT dan KOBAT termasuk Lt Kol
Nazari Mokhtar (Bersara), anda semua dah takda peluang dah untuk jadi calon
atau menteri pertahanan. Semuanya peluang bisnes dan kontrak pak jeneral reput
ni dah sapu.
Kepada pak jeneral
KITAR SEMULA, bayang-bayang kekalahan pihak pembangkang dalam PRU 13 sudah
hampir jelas. Sekarang yang kawan dah jadi lawan. Jangan nanti bila dah kalah,
malu nak jumpa kawan-kawan lama. Jangan nanti dah sampai ajal, tiada lori 3 tan
untuk urusan pengebumian...
No comments:
Post a Comment