GEMPAR!!!
Benarkah apa yang dimaklumkan oleh Lim Kit Siang Ini? Mana mungkin pasukan
keselamatan seperti SB dan Kor Risik Tentera bekerjasama dengan parti
pembangkang seperti yang didakwa Kit Siang ini. Penyokong Pakatan Rakyat begitu
teruja dengan maklumat risikan Bukit Aman (polis) dan tentera diperolehi
Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menunjukkan Pakatan Rakyat bakal
menang di 145 kerusi parlimen berbanding 77 bagi pihak BN.
Kit Siang dalam blognya menulis:-
“According to this estimate, PR will win 145
parliamentary seats compared to 77 for Barisan Nasional – or a majority of 68
seats.”
Sebaik
membaca sendiri laporan dalam blog tersebut, persoalan yang bermain di minda
kami ialah,sejak bila pula Pakatan Rakyat percaya dengan laporan dari polis
dan tentera? Perisikan tentera itu mungkin boleh dipertimbangkan
sedikit, tapi polis?Bukan rahsia, polis dan Pakatan Rakyat adalah 2
nama yang bertentangan antara satu sama lain. Umum pun tahu
polis sentiasa menjadi pelindung barisan depan untuk kerajaan Barisan
Nasional. Pakatan Rakyat sendiri siang dan malam berusaha
mencemarkan imej polis, terbaru dalam isu keganasan polis semasa
menyuraikan Bersih 3.0, April tahun lepas.
Justeru,
agak tidak logik polis bekerjasama dengan Pakatan Rakyat, apatah lagi
Kit Siang untuk menyalurkan maklumat yang betul.Kami cuma bimbang, Kit
Siang sengaja didendangkan dengan maklumat palsu yang konon memetik sumber
perisikan polis, atau paling tidak, polis sendiri sengaja mencipta maklumat
tersebut untuk memperdayakan Pakatan Rakyat.Lagipun jumlah itu agak berbeza
dengan maklumat yang dikutip sumber-sumber dalam Pakatan Rakyat sendiri.
Sumber: Sosial Media
No comments:
Post a Comment