Baru sahaja terbaca
akhbar Harakah-Online yang menyebut bahawa seorang bekas tentera dipilih
sebagai calon mereka di Parlimen Baling. Apa yang mengejutkan, bekas tentera
itu baru sahaja menyertai PAS hari ini, dan terus diumumkan sebagai calon. Di
mana pergi pemimpin-pemimpin PAS Kawasan Baling. Mereka yang bekerja siang dan
malam akhirnya orang baru umum sertai PAS di umum sebagi calon. “Bekas Pengarah
Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) yang baru mengisytiharkan menyertai PAS hari
ini, Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad akan bertanding di Parlimen Baling” –
Harakah 2/April/2013
.jpg)
Tidak cukup dengan
itu, kawan setia dan pak turutnya Azmin Ali, sudah pasti bertanding tidak kira
lah di mana kerusinya. Ditambah, kawan lama Fauzi Abdul Rahman akan bertanding
di Kerusi Parlimen Pahang yang di susuli dengan laungan “booo” oleh penyokong
sendiri.

Karpal juga tidak
mahu kalah dalam persaingan Nepotisme ini. Selain beliau yang akan
mempertahankan Parlimen Bukit Gelugor, anak lelakinya Gobinh Sigh Deo pula
hampir pasti mempertahankan kerusi Parlimen Puchongnya. Jangan kita lupa
seoarang lagi anak lelaki beliau Jagdeep Singh Deo adalah ADUN Dato Keramat di
Pulau Pinang.
Kepada orang
Pakatan sekalian. Anda seharusnya memilih pemimpin setempat anda untuk mewakili
rakyat setempat. Bukan pemimpin pilihan bapa, bapa mertua, suami dan kawan
rapatnya. Belajarlah dari 2008, pemimpin-pemimpin ini setelah menang, mereka
akan tinggalkan anda dan seronok berpolitik dan makan elaun sebagai ahli
parlimen di Kuala Lumpur. Sedang anda terpaksa meneruskan kehidupan anda tanpa
perubahan. Tolaklah Nepotisme dan Politik Pilih kawan pakatan ini. Pemimpin
setempat lebih mengetahui keperluan anda. Sungguh, usah terkejut sekiranya,
Abby Abadi, Hairie Othman, dan mungkin juga yang terbaru Yassin akan menjadi
wakil rakyat anda. Bukan mereka tidak berkelayakan, namun jika sekadar muncul
ketika pilihanraya, anda fikir-fikirlah semasaknya sebelum memangkah di kertas
undi.
Sumber : iLuvTunM
No comments:
Post a Comment