Followers

Monday 8 April 2013

ANCAMAN DALAM NEGARA: TUGAS PERISIKAN



Ancaman terhadap negara datang dari luar dan dalam. Untuk memudahkan perancangan musuh Islam, agenda utama mereka ialah menimbulkan kekacauan dari dalam negara dan menyebabkan kesatuan umat Melayu Islam berpecah. Ini sedang berlaku dan kerajaan terpaksa menghabiskan ratusan juta ringgit untuk menjalankan perang saraf bagi mengelakkan Malaysia terus terjerumus dalam kancah ini.


Malaysia sehingga kini berjaya menepis perancangan halus dan terancang dari luar kerana mempunyai jaringan perisikan yang sangat ampuh dengan dibantu oleh pasukan risik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Hanya negara yang mempunyai jaringan risikan dan rangkaian penyampai maklumat yang benar-benar baik sahaja mampu mengatasi banyak masalah yang dilontarkan ke dalam negara.

Bukan sedikit negara lain meniru cara Malaysia yang menggunakan konsep “Cegah Sebelum Parah) melalui undang-undang Akta Rahsia Rasmi yang kini turut ditiru oleh banyak negara luar. Di mana negara lain gagal, Malaysia terus kekal aman. Cuba anda cari di dalam dunia ini, negara mana yang tidak terlepas dari diganggu oleh “tangan-tangan tidak nampak” ini, dari Indonesia sampailah ke Timur Tengah. 

Setakat ini negara kita masih mampu dipertahankan dan anda masih boleh keluar berarak, mendengar ceramah Anwar atau PAS dan berkempen untuk kejayaan politik anda dalam parti Umno, kesemuanya kerana kerajaan Malaysia dan kroni-kroninya bertungkus lumus berjuang dalam kepayahan untuk membolehkan anda melakukan semua ini dengan PERCUMA.


No comments: