ujud sejak tahun 1997... Tapi disebabkan aset bawah
permukaan (submarine) ni lebih mahal dari aset atas permukaan (kapal perang)
dan ekonomi merundum,,, maka ia terus ditangguh... Namun penangguhan tersebut
ada sebabnya... ini kerana aset permukaan TLDM ketika itu belum sesuai utk
memiliki kapal selam.. Sebelum memiliki kapal selam,, TLDM perlukan aset
permukaan seperti Frigate, Korvet, MPSS, dan lain2 kapal sokongan yang ampuh
terutamanya aset yang berkemampuan menjalankan misi Anti Submarine Warfare
(ASW).. Jadi Malaysia tiada pilihan lain dan segala bajet pertahanan ketika itu
ditumpukan pada kapal permukaan dahulu..
PROGRAM KAPAL SELAM SERANTAU JIRAN.
1. Indonesia merupakan
negara ASEAN pertama memperolehi kapal selam pada tahun 1960-an dan diikuti
pada 1980-an. Dan bagi menggantikan kapal selam yang uzur ini, 3 buah kapal
selam dari Korea Selatan , kelas Chang Bogo (sebenarnya model kelas 209 dari
German) akan diborong.
2. Singapura sebaliknya
memiliki kapal selam terpakai dari Sweden pada 1995 sebanyak 4 buah kelas
Challenger dan 2 buah kelas Archer.
3. Vietnam pula bakal
memiliki kapal selam pertama buatan Rusia pada 2014. Perancangan pemilikan enam
kapal selam jenis Kilo ini dilakukan pada 2009 selepas beberapa peristiwa
pertembungan dengan tentera laut China mengenai tuntutan bertindih Kepulauan
Spratly.
4. Filipina yang pada ketika
ini masih berdepan dengan pertembungan dengan China di perairan Scarborough
Shoal membuat perancangan memperkukuhkan tentera laut (PN) melalui program Sail
Plan 2020 yang akan merealisasikan kapal selam sebagai sebahagian dari aset PN.
5. Thailand juga membuat
perancangan membuat perolehan enam kapal selam milik tentera laut Jerman untuk
menjaga perairan Laut Andaman dan Teluk Thailand. Pemilikan kapal selam dari
jenis U-206 ini yang akan menelan belanja lebih dari RM770 juta ini walaupun
bersaiz kecil tetapi sesuai digunakan di perairan cetek seperti Teluk Thailand.
Malaysia secara amnya tidak
mempunyai pengalaman yang luas mengenai kapal selam. Jadi, untuk memilih calon
kapal selam terbaik, pengeluar kapal selam tersebut perlulah mempunyai rekod
pengoperasian kapal selam yang terbaik mengikut teknologi semasa. Jerman dan
Rusia ketika sudah pun mempunyai rekod insiden yang buruk. Korea sedang
membangunkan kapal selam yang diciplak dari German. Manakala Perancis ketika
itu sedang membangunkan generasi terkini kapal selam.. Di samping itu, 2 buah
kapal selam Kelas Zwardwiss dari Belanda telahpun berada di Lumut untuk dijual
kepada TLDM melalui syarikat PSC dari Malaysia.
JADI, KAPAL SELAM MANA YANG MALAYSIA PATUT PILIH??
JADI, KAPAL SELAM MANA YANG MALAYSIA PATUT PILIH??
Ok, saya berikan satu
situasi yang lain pada anda. Pengguna A sedang membuat pilihan untuk membeli
sebuah laptop baru, tetapi dia tidak mempunyai pengalaman dalam memilih laptop.
Dia cuma tahu serba sedikit spesifikasi tentang laptop terbaru. Oleh kerana dia
bukan orang berada, jadi laptop tersebut akan digunakan untuk jangka masa yang
lama. Dan selagi laptop tersebut berdaya, dia akan guna sampai rosak, baru la
nak ganti yang baru.
Dalam pasaran ketika itu,
ada beberapa model terbaru laptop dan ia dibahagikan mengikut tingkat upaya
processor laptop tersebut. Antara yang ada ketika itu ialah i3, i5 dan i7...
Jadi antara 3 kategori laptop ini, mana yang lebih bagus?
Laptop i3 memg murah, tapi
yang terbaru masa tu ialah dari i5 yang sedikit mahal. i7 masih belum keluar.
Kalau beli i3, nanti laptop i7 keluar, harga, spare part, teknologi yang ada
pada laptop i3 tadi dah tentu semakin jauh tertinggal di belakang. Laptop i5
pula agak mahal tetapi kemampuan lebih baik dari laptop i3. Dan jurang
spesifikasi antara i5 dan i7 yang akan keluar nanti tidaklah begitu jauh.. Jadi
, mana 1 nak pilih?? Laptop kena beli skrang, tak sempat nak tunggu i7 keluar
sbb nak kena pakai. So, kalau korang, nak pilih yang mana?
Sama juga situasi dengan
Malaysia. Memg banyak alternatif murah dengan kapal selam sedia ada dari German
dan Rusia, tetapi perancang TLDM mahukan kapal selam yang boleh kekal relevan
untuk jangka masa lama dan mampu menandingi kesemua ancaman maritim. Jadi oleh
kerana Scopene adalah kapal generasi terkini, maka pemilihan closed tender
dilakukan dan Perancis dan Sepanyol diberikan tanggungjawab menghasilkan 2 buah
kapal selam baru dan terkini pada TLDM dan ia mengenetepikan smua tawaran calon
lain yang cuba menawarkan kapal selam pada TLDM.. Termasuklah 2 kapal Belanda
yang tersadai di Lumut yang akhirnya dipotong menjadi besi buruk. Akan tetapi,
kos untuk membeli kapal selam generasi terbaru ini dah tentu bukanya murah.
Malah kos lain turut menyumbang peningkatan yang lebih mahal.
Memandangkan ia Kapal Selam
pertama TLDM, Malaysia tidak mempunyai sebarang fasiliti untuk menempatkan
Scopene, dan perlu melatih krew baru kapal selam. Untuk melatih krew kapal
selam, simulator yang bakal dibeli tidak cukup untuk melatih krew baru menimba
pengalaman,, dan sukar untuk Perancis meminjamkan kapal selam milik mereka utk
tujuan latihan. Atas sebab itu, Perancis bersedia menjual sebuah kapal selam
terpakai Agosta kepada Malaysia untuk melatih krew kapal selam. Dan fasiliti
latihan dan logistik juga dibina di Lumut dan Teluk Sepanggar. Dan semua kos
tersebut berjumlah kira-kira RM6.7 bilion untuk harga sub baru+sub
terpakai+fasiliti+peluru+latihan. Tetapi sistem AIP untuk menjadikan kapal
selam dapat menyelam lebih lama tidak dipasang.
Tetapi kenapa kapal selam yang dibeli oleh Thailand untuk
6 buah cuma bernilai RM770 juta ??? Vietnam pula beli 6 kapal selam dengan
harga RM6.4billion..???
Tapi Malaysia beli 2 kapal selam dengan harga RM6.7
billion??. Sebelum admin jelaskan, korang tgok dulu rupa kapal selam ni.
1. Thailand beli Type U-206
terpakai dari Jerman (penah ditawarkan pada Malaysia.)
http://www.the-blueprints.com/blueprints-depot/ships/ships-germany/fgs-u-boat-type-206a.png
2. Vietnam beli Kilo-636 KMV baru dari Rusia.
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f9/Kilo_class_SS.svg/500px-Kilo_class_SS.svg.png
3. Malaysia beli Scopene SSK baru dari Perancis.
http://www.newaustralia.net/images/amur1650.jpg
Dan ini penjelasanya.. Adakah berbaloi nak samakan kemampuan dan teknologi Type U-206 dengan Scopene??? Dah tentu tak patut la, umpama nak bandingkan kereta Proton Saga lama dengan Proton Preve terbaru,,, dh tentu banyak bezanya. Tapi kenapa Thailand beli jugak??? Takkan la Thailand nak tengok jirannya Singapore, Malaysia, Vietnam dan Indonesia borong kapal selam, jadi untuk mengimbangi kekuatan tersebut, Thailand yang dilanda krisis kewangan terpaksa membeli alternatif murah dan singkat dalam menghadapi peperangan dengan kapal selam. Lagipun, saiz kapal selam tersebut sesuai untuk laut Thailand yang lebih cetek.
Kilo-636 dibeli agak murah utk 6 unit kapal selam berbanding hanya 2 Scopene sahaja di Malaysia. Dari segi teknologi, tidak jauh beza jurang tersebut, tetapi anda kena tahu, yang Vietnam bukanya kali pertama mengoperasikan kapal selam. Mereka telahpun mengoperasikan kapal selam Salmon Class dari Korea Utara, dan ini bermakna Vietnam sudahpun mempunyai fasiliti latihan, logistik, dan pelbagai perkhidmatan sokongan termasuk krew terlatih. Bukanya situasi yang sama dengan Malaysia sebagai pengguna pertama kapal selam.

636 Kilo Class Submarine |

Dan paling penting, Scopene
antara kapal selam tercanggih di rantau ini dan dibuktikan apabila Singapura
juga merancang untuk membeli kapal selam tambahan dari kelas Scopene biarpun
telah mempunyai 2 buah kapal selam yang telah dinaiktaraf dan canggih. Dan
spesifikasi Scopene juga tidak sama seperti Scopene yang dibeli oleh Chile dan
India. Kalau ia spesifikasi yang sama dengan Malaysia, jadi untuk apa Singapura
membeli Scopene kalau mereka boleh membeli maklumat spesifikasi dn dokrin
tersebut melalui Chile dan India??? Jadi, adalah sangat penting sistem Scopene
dirahsiakan kerana kalau beli mahal-mahal tapi rahsia tersebut disebarkan pada
pengetahuan umum, maka tidak berbaloi dengan harga yang perlu dibayar dalam
memastikan TLDM mempunyai elemen kejutan dan cegah rintang jika ada kuasa luar
cuba mengancam keselamatan negara. Dan harga keamanan jauh lebih mahal, dan
mungkin tidak dapat dibeli dengan duit, tetapi dengan harga darah.
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala
jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang
lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh
kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya;
sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah
akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya."
Surah An-Anfal ayat 60..”
8 comments:
Penulis penipu......ibarat dah pegang taik, lepas tu cuci tangan dgn air taik jugak....
Klu penulis penipu,mai hang try cerita yg btui bg kami tau..cerita la klu berani..
yang kata penipu pun mangkok taik bukan tau satu benda pun.
Anon 10:01 tu bukan tahu apa... pengikut tegar red bean army tuu
kilo dah terbakar di india dan kilo dah hadapi kerosakan beteri di china , type 206 dah produk lama sekarang orang pakai lagi bro penulis tak tahu apa belaku korean bagi tot pada indonesia kena tipu pun..korean beli type 214 germen baru

Bongok....
Post a Comment