Followers

Monday 8 April 2013

CORETAN PRU 13: JENERAL PAYUNG TERJUN


Mejar vs Jeneral

Tepatlah jangkaan sebelum ini bahawa semua 5 bekas Jeneral berkepentingan peribadi dan dijanjikan habuan oleh PKR dan PAS. Kini Datuk Abdul Hadi Khatab pula telah diumumkan oleh Anwar sebagai calon "Payung Terjun PKR" semasa ceramah beliau di Behrang Ulu pada 22 Mac yang lepas, bekas Jeneral ini pula dicalonkan untuk bertanding di N.59 Behrang (DUN bawah P.77 Tanjong Malim) sempena PRU 13 nanti.


Nasib malang menimpa Ketua Cabang Behrang (sejak tahun 2010), Mejar Kamal Badri TUDM (Bersara) yang telah lama menyokong Anwar. Apa tidaknya.....!!! semasa dalam perkhidmatan ATM lagi beliau telah menyertai himpunan Reformasi 1998 dan menyertai PKR pada 11 Mei 2008. Nampaknya Ketua Cabang Behrang terpaksa beri laluan atau "izin dalam paksa".......hehehe!!! kepada calon "Payung Terjun PKR" ini. Mejar Kamal Badri kini tidaklah menggigit jari kerana di Tanjong Malim masih ada pau terkenal.....pau Yik Mun.....hahaha!!!


PKR Negeri Perak pun tidak pernah mengangkat nama Mejar Kamal Badri ke PKR Pusat......satu penganiayaan terhadap beliau oleh pimpinan PKR Negeri. Pengumuman Anwar mengenai calon DUN Behrang langsung tidak menghormati kesetiaan Ketua Cabangnya malah kesetiaan pengikut dan penyokong PKR Behrang juga diperdaya. Eloklah keluar parti beramai-ramai atau boikot sahaja calon bekas Jeneral tersebut. Hukumlah calon dan PKR di N.59 Behrang pada PRU 13 kelak.......!!!



No comments: