Ketika demam Pilihan
Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin terasa, empat bekas pemimpin tentera yang
diperalatkan pakatan pembangkang semakin biadab apabila menggunakan
pentas-pentas ceramah bagi melemparkan penghinaan dan ungkapan kasar terhadap
pemimpin-pemimpin negara.Selain Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
yang diberi gelaran seperti 'bangang', 'bodoh' dan 'Najib Altantuya', mereka
turut menjadikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sebagai sasaran dengan
memberi gelaran 'nyanyuk' kepada negarawan itu.
Tindakan mereka
ternyata tidak disenangi orang ramai apabila sebahagian hadirin yang mendengar
ceramah anjuran pembangkang di Taman Semarak, di sini malam tadi, tidak memberi
tindak balas atau respons setiap kali penghinaan tersebut dilemparkan. Tidak
cukup dengan itu, empat bekas pemimpin tentera tersebut iaitu Jeneral (B) Tan
Sri Md. Hashim Hussein, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid,
Laksamana Pertama (B) Imran Abd. Hamid dan Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi
Khatab terus melemparkan tohmahan terhadap kerajaan.
Antara tuduhan yang
dibuat ialah aset persenjataan dibeli pada harga yang berlipat kali ganda
daripada sepatutnya, tidak secara tender terbuka, tidak mendapatkan pandangan
daripada pegawai tentera dan pemberian komisyen pembelian kepada individu
tertentu. Namun, tidak seorang pun daripada empat bekas pemimpin tentera
tersebut yang bakal menjadi 'calon payung terjun' pakatan pembangkang
mengemukan bukti bagi menyokong dakwaan mereka.
Sebaliknya hanya membuat
tuduhan secara membuta tuli bagi mengelirukan rakyat. Tidak cukup dengan
itu, Abdul Ghafir cuba memperbodohkan rakyat apabila membuat dakwaan bahawa
perisikan polis dan tentera meramalkan bahawa pakatan pembangkang bakal menang
pada PRU-13. "Saya ingin menyatakan daripada ramalan polis dan perisikan
tentera telah meramalkan Pakatan Rakyat akan memenangi PRU-13. "Oleh
kerana polis telah membuat ramalan, sudah tentu persediaan telah dibuat untuk
mengambil tindakan terhadap mereka yang diupah naik motor, baling batu dan
sebagainya," katanya
Tindakan beliau itu
dilihat sebagai strategi untuk menagih sokongan rakyat supaya pengundi pakatan
pembangkang yang kononnya bakal menawan Putrajaya pada PRU-13.
No comments:
Post a Comment